PROGRAM IFTAR JAMAIE SOLAT MAGHRIB, ISYAK DAN TARAWIH BPSPDK DAN BPSRTDK | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » PROGRAM IFTAR JAMAIE SOLAT MAGHRIB, ISYAK DAN TARAWIH BPSPDK DAN BPSRTDK

PROGRAM IFTAR JAMAIE SOLAT MAGHRIB, ISYAK DAN TARAWIH BPSPDK DAN BPSRTDK

 

Serdang, 19 Mac 2024 (Selasa)(9 Ramadan 1445H) – Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal telah menganjurkan Program Iftar Jamaie: Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih BPSPDK dan BPSRTDK bertempat di Blok I Fakulti Pengajian Pendidikan dari jam 6:00 petang sehingga 10:00 malam. Majlis dikelolakan secara bersama Kelab Pendidikan Sains Pertanian (KPSP) dan Kelab Pendidikan Sains Rumah Tangga (KPSRT) diketuai oleh Presiden KPSP, Ahmad Norshahmin Ahmad Norkamar, dan Penasihat KPSP, Dr. Enio Kang Mohd Sufian Kang, serta Presiden KPSRT, Nur Aliae Kamal Hisyam, dan Penasihat KPSRT, Puan Anis Zakaria. Program ini disertai pelajar Bacelor Pendidikan Sains Pertanian Dengan Kepujian (BPSPDK), pelajar Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga Dengan Kepujian (BPSRTDK), staf akademik, dan staf pelaksana seramai 150 orang.

 

 

Program Iftar Jamaie: Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih BPSPDK dan BPSRTDK ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama ukhuwah antara pelajar BPSPDK dan BPSRTDK, membina kesatuan dan solidariti dalam kalangan ahli jabatan dan pelajar selain meraih ganjaran pahala melalui berbuka puasa bersama, bersedekah di bulan Ramadan serta solat fardhu dan sunat Tarawih secara berjemaah. Program turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad, dan Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar. Program dimulakan dengan persiapan tempat dan hidangan, disusuli dengan ucapan, berbuka puasa, jamuan, solat maghrib, solat isyak dan diakhiri dengan solat Tarawih. Diharapkan program seumpama ini dapat memberikan ruang dan kesempatan kepada ahli jabatan dan pelajar untuk saling berinteraksi secara langsung, memperkuat hubungan personal dan meningkatkan keterlibatan bersama pada masa akan datang.

 

Tarikh Input: 20/03/2024 | Kemaskini: 21/03/2024 | anisnabilah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEcFAI~