Perbincangan Meja Bulat Bagi Penawaran Program Baharu, Bacelor Belia Dan Sukan | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Perbincangan Meja Bulat bagi Penawaran Program Baharu, Bacelor Belia dan Sukan

Perbincangan Meja Bulat bagi Penawaran Program Baharu, Bacelor Belia dan Sukan

Serdang, 6 April 2024 - Satu Perbincangan Meja Bulat bagi penawaran program baharu, Bacelor Belia dan Sukan telah diadakan pada 16 April 2024 di Putra Future Classroom, Fakulti Pengajian Pendidikan. Perbincangan ini telah dihadiri oleh pakar dari FPP, fakukti luar dan pihak industri.

Perbincangan Meja Bulat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Jabatan, Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Prof. Madya Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat dan diselaraskan oleh Dr. Nur Raihan Che Nawi.

Objektif pelaksanaan Persidangan Meja Bulat ini adalah untuk memperoleh perspektif pakar bidang belia dan industri tentang hala tuju dan struktur kurikulum yang releven ke arah penghasilan graduan yang membentuk Malaysia Madani.

Perbincangan telah dihadiri oleh YBhg Dato' Hjh. Wasitah Mohd Yusof, Professor Adjung JPPPL, Encik Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), YBrs. Dr. Jufitri Joha (Pengerusi Bersama Commonwealth Alliance of Youth Workers Association (CAYWA), YBrs. Dr. Hj. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Tuan Muhammad Nizam Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Adab Youth Garage (AYG), Tuan Mohamad Thaqif Aiman Wero, Eksekutif Operasi Wilayah & Projek Adab Youth Garage (AYG), Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES serta Dr. Mohd Fauzi Fadzil, Majlis Belia Malaysia (MBM)

Turut hadir secara atas talian adalah oleh Tuan Izwandy Ismail daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Siti Mariam Ahmad Tobias, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya, Jabatan Belia dan Sukan Negara, dan Tuan Thai Ming Yeow, Setiausaha Sekolah Pembangunan Kerja Belia (SPKB).

Tarikh Input: 24/04/2024 | Kemaskini: 24/04/2024 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXFGSAN~