| FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
UPM merupakan institusi ilmu yang menjadi legasi gemilang kepada sejarah pendidikan pertanian di Malaysia. Pertanian yang dijulang UPM melewati pendidikan dan penyelidikan, menghasilkan modal insan pertanian yang berkualiti, memperkayakan ilmu pengetahuan, meneroka pelbagai inovasi dan mencipta kehidupan yang cemerlang.
UPM banyak membangunkan inovasi dalam bidang pertanian dan pelbagai bidang lain untuk membantu dan meningkatkan ekonomi negara dan memperkasa taraf hidup masyarakat. Aktiviti pengajaran, penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan pengembangan yang telah dilaksanakan UPM adalah bergerak seiring dengan kemajuan pertanian dan penemuan baharu untuk kesejahteraan negara. Inovasi dan pertanian yang dijana UPM akan menjamin kelestarian kehidupan.
Kehidupan adalah impak daripada kejayaan pendidikan, penyelidikan, penemuan ilmu dan inovasi yang menjadi pelengkap kepada semangat UPM dalam menterjemahkan peranan pertanian dan kepelbagaian cabang ilmu yang lain. Kejayaan kehidupan juga adalah matlamat yang telah lama digerakkan dalam obligasi Berilmu Berbakti, sejak nama Universiti Pertanian dimahsyurkan pada 1971.