PERASMIAN SEMPENA PELAKSANAAN PROJEK LAGRIBIO DI PUSAT JAGAAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK BRDB RATORY SERI KEMBANGAN | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » PERASMIAN SEMPENA PELAKSANAAN PROJEK LAGRIBIO DI PUSAT JAGAAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK BRDB RATORY SERI KEMBANGAN

PERASMIAN SEMPENA PELAKSANAAN PROJEK LAGRIBIO DI PUSAT JAGAAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK BRDB RATORY SERI KEMBANGAN

   

SERI KEMBANGAN, 20 April 2024 (Sabtu) – Pakar Pertanian Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) telah merasmikan pelaksanaan Projek Little of Agriculture and Biodiversity (LAGRIBIO) bersama 4 orang staf dan 58 orang kanak-kanak sebagai peserta projek di Pusat Jagaan Kebajikan Kanak-kanak BRDB Rotary (BRCR) Seri Kembangan.

Ketua Projek dan Penyelaras Ladang FPP UPM, Ts. Dr. How Shwu Pyng berkata projek ini adalah projek pemerkasaan komuniti pertama yang mendapat peruntukkan kewangan dari pihak BRCR Seri Kembangan semenjak mereka menjalinkan jaringan kerjasama dengan UPM melalui MOU. “Projek FPP ini telah diiktirafkan oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) sebagai projek pemindahan ilmu pertanian dengan geran luar.

   
 
“Inilah titik permulaan untuk memperkukuhkan penglibatan komuniti BRCR Seri Kembangan dalam penanaman sayuran tanpa tanah sebagai salah satu inisiatif universiti bagi menjaga kesejahteraan rakyat melalui keterjaminan makanan,” katanya.
 
Tambah beliau, para peserta didedahkan dengan konsep, teknik penanaman dan penjagaan sistem hidroponik Nutrient Film Technique (NFT) yang telah disampaikan bersama pakar pertanian UPM iaitu Cik Nurul Azika Abdul Jalil, En. Uzaini Mohammad Yusoff dan En. Mohammad Sallehhuden Samah dari Ladang FPP.
 
   
 
Projek FPP ini turut dirasmikan oleh Encik Adib Nava Rengadhar selaku Pengetua Pusat bersama ahli pengurusan FPP yang diwakili oleh Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal (JPST). Majlis perasmian ditamatkan dengan penyerahan modul panduan kepada pihak BRCR Seri Kembangan dan jamuan minum petang. Melalui projek ini, diharapkan jaringan rapat antara BRCR Seri Kembangan dengan UPM dapat diteruskan dan diperluaskan sempena pelaksanaan Projek LAGRIBIO selama setahun bersama pasukan Ladang FPP.

Tarikh Input: 22/04/2024 | Kemaskini: 22/04/2024 | anisnabilah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXFEDAV~