MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2024 OLEH DEKAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2024 OLEH DEKAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2024 OLEH DEKAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

 

 

Serdang, 5 Mac 2024 - Fakulti Pengajian Pendidikan telah menganjurkan Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan di Fakulti Pengajian Pendidikan UPM baru-baru ini. Majlis yang diadakan di Auditorium FPP ini telah dihadiri oleh 110 orang pegawai akademik dan pelaksana Fakulti.

Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 merupakan platform komunikasi Dekan kepada seluruh warga FPP bagi menyampaikan pencapaian semasa dan juga perancangan serta hasrat dalam memacu FPP ke arah kecemerlangan bagi tahun yang baharu.

 

 

Antara pengisian program adalah Amanat Tahun Baharu 2024 oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Pembentangan Pencapaian 2023 dan KPI 2024 FPP, ikrar staf demgan diketuai oleh Dekan FPP serta Bacaan Yasin, Tahlil dan doa selamat sempena Ramadhan.

 

Staf FPP turut berikrar bagi mencapai misi FPP

Dalam amanatnya, Dekan telah menyatakan hasratnya untuk memacu FPP untuk LEADING IN  EDUCATIONAL STUDIES. Beliau juga menyatakan azamnya untuk meneraju FPP dan meningkatkan ranking FPP dalam QS World University Rankings by Subject dan The World University Ranking. Beliau turut mensasarkan pada tahun 2025, Fakulti Pengajian Pendidikan turut akan menjadi sebuah Fakulti Bertaraf 7 Bintang dengan bertema fakulti di dalam taman serta mempunyai prasarana terkehadapan.

Majlis Amanat Dekan ini telah turut dihadiri oleh Prof Madya Dr. Nor Aniza Ahmad, Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Antarabangsa FPP. Menurut beliau, “ FPP telah menetapkan Perancangan Strategik 2024 dan strategi untuk Penjanaan Kewangan yang mantap. Bagi mencapat perancangan dan sasaran ini, komitmen padu dari semua staf FPp amat diperlukan bagi memastikan sasaran FPP untuk LEADING IN EDUCATIONAL STUDIES tercapai".

 

Tarikh Input: 19/03/2024 | Kemaskini: 19/03/2024 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEdBAV~