3 Minutes Thesis 3MT Saringan Peringkat Fakulti | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » 3 Minutes Thesis 3MT Saringan Peringkat Fakulti

3 Minutes Thesis 3MT Saringan Peringkat Fakulti

Oleh: Siti Nur`Ain Feisal

Serdang, 18 Mac 2024 – 3MT saringan peringkat fakulti telah dilaksanakan di PI2, Blok I, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP). 3MT merupakan pertandingan yang dilaksanakan pada setiap tahun. Objektif pertandingan ini adalah untuk melatih pelajar peringkat PhD untuk memantapkan skil komunikasi dan pembentangan secara ringkas dan padat sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan akhir viva voce. Tambahan, kriteria peserta adalah pelajar PhD yang telah melepasi proposal defence (PD) dan juga merupakan pelajar yang berstatus aktif.

Pada peringkat saringan ini, dua orang pelajar telah berjaya menjadi wakil FPP untuk bertanding pada peringkat heats dan finals pada 26 Mac 2024 anjuran Sekolah Pengajian Siswazah UPM. Dua orang wakil tersebut adalah Wang Weiyi dari Cina dan Tharishni a/p Anblagan merupakan pelajar PhD dalam bidang Psikologi Pendidikan.

Barisan panel 3MT pada peringkat saringan ini terdiri daripada Dr Nur Aimi Nasuha Burhanuddin (Jabatan Asas Pendidikan), Dr Akmarina Ahmad Othman (Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling) dan Dr Nordahlia Umar Baki (Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan).

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada wakil 3MT Fakulti Pengajian Pendidikan.

Tarikh Input: 21/03/2024 | Kemaskini: 27/03/2024 | sitinurain

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEdAAM~