Kejohanan Ragbi Serdang 7 | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Kejohanan Ragbi Serdang 7

Kejohanan Ragbi Serdang 7


SERDANG, 5 Mei 2024- Kejohanan Ragbi Serdang 7 yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Sukan, Fakulti Pengajian Pendidikan, dengan kerjasama UPM Bussiness Holding telah berjaya dilaksanakan pada 4-5 Mei 2024 baru-baru ini.
Dengan penyertaan sebanyak 190 pasukan yang terdiri daripada kategori umur 10 tahun hingga 17 tahun, kejohanan kali ini membuktikan minat yang amat tinggi dalam kalangan generasi muda terhadap sukan ragbi.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada penaja utama, MILO, yang sudi memberikan tajaan dalam Kejohanan kali ini.
Dr. Shamsulariffin bin Samsudin, selaku Pengelola Program merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak pengurusan fakulti, pegawai dan para pelajar yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran pengendalian kejohanan ini. Katanya lagi, "Pengalaman menyertai kejohanan kali ini diharapkan dapat memberi pendedahan yang lebih meluas kepada semua peserta mengenai sukan ragbi, seterusnya mengasah bakat serta meningkatkan minat mereka terhadap sukan ini."
Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya meraih kejayaan pada kejohanan kali ini, semoga kejayaan tersebut dapat mengukuhkan lagi semangat dan azam anda untuk terus cemerlang di masa hadapan, dipimpin oleh Saudara Adeen Irfan, pelajar Bacelor Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani dengan Kepujian selaku Pengarah Program.

Sekali lagi, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama yang dihulurkan sehingga menjayakan Kejohanan Ragbi Serdang 7 kali ini. Semoga kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.

Tarikh Input: 10/05/2024 | Kemaskini: 10/05/2024 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXFVGAC~