Bengkel Standard Operating Procedure (SOP) Jawatankuasa Etika Universiti Untuk Penyelidikan Melibatkan Manusia (JKEUPM) Dan Majlis Apresiasi 2024 | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Bengkel Standard Operating Procedure (SOP) Jawatankuasa Etika Universiti Untuk Penyelidikan Melibatkan Manusia (JKEUPM) Dan Majlis Apresiasi 2024

Bengkel Standard Operating Procedure (SOP) Jawatankuasa Etika Universiti Untuk Penyelidikan Melibatkan Manusia (JKEUPM) Dan Majlis Apresiasi 2024

Bengkel Standard Operating Procedure (SOP) Jawatankuasa Etika Universiti Untuk Penyelidikan Melibatkan Manusia (JKEUPM) Dan Majlis Apresiasi 2024

SERDANG, 7 MEI 2024 – Bengkel Standard Operating Procedure (SOP) Jawatankuasa Etika Universiti Untuk Penyelidikan Melibatkan Manusia (JKEUPM) Dan Majlis Apresiasi 2024 telah diadakan pada 7 Mei 2024 di Mini Auditorium 1, Aras 3, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia.

Matlamat utama bengkel ini adalah untuk memberikan taklimat kepada semua ahli penilai Jawatankuasa Etika Universiti Untuk Penyelidikan Melibatkan Manusia (JKEUPM). Antara topik yang dibentangkan adalah Basic Research Ethics, SOP 1: Structure and Composition yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Rosliza Abdul Manaf. Seterusnya topik SOP 2: Protocol Review telah dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Rosliza Abdul Manaf dan Dr. Asmah Ismail. Slot terakhir adalah berkaitan topik SOP 3: Post Approval oleh Dr. Suhainizam Muhamad Saliluddin.

   

Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil Fakulti Pengajian Pendidikan iaitu Dr. Asmah Ismail sebagai penceramah, Profesor Madya Dr. Suhaida Abdul Kadir, Dr. Nor Azni Abdul Aziz, Dr. Halimah Jamil, Dr. Normala Ismail, Dr. Roshafiza Hassan, Dr. Maizatul Mardiana Harun dan Dr. Azhar Yaacob.

Bengkel berlangsung dengan lancar dan diakhiri dengan Majlis Apresiasi 2024 di ruang makan Lobi Pejabat TNCPI. Penyampaian Sijil Pengharagaan telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), YBhg. Profesor Dr. Zamberi Sekawi.

  

Tarikh Input: 10/05/2024 | Kemaskini: 10/05/2024 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXFVEAT~