Latar Belakang JPBK

 

Latar Belakang Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan (JPBK)

Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan (JPBK) merupakan salah satu daripada enam jabatan di Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP). Jabatan ini ditubuhkan pada tahun 2002. Misi jabatan ini ialah berusaha ke arah kecemerlangan dalam bidang bahasa dan kemanusiaan.  

PROGRAM AKADEMIK

Program Siswazah
Jabatan ini menawarkan program-program berikut pada peringkat pascasiswazah:

Program Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)

  • Pendidikan Bahasa Melayu
  • Pengajaran Kesusasteraan Melayu
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  • Pendidikan Moral
  • Kurikulum dan Pengajaran (Pendidikan Islam)


Program Ijazah Master Sains (M.S)/Ijazah Master Pendidikan (M.Ed)

  • Pendidikan Bahasa Melayu
  • Pengajaran Kesusasteraan Melayu
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  • Pendidikan Moral Kurikulum
  • Pengajaran (Pendidikan Islam)

 

Program Bacelor Pendidikan Dengan Kepujian (Ijazah Sarjana Muda)

  • Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu Dengan Kepujian (BPBMDK)
  • Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Dengan Kepujian (BPTESLDK)

 

Kedua-dua program ini merupakan program yang pertama di Malaysia. Program ini ditawarkan dalam jangka masa 4 tahun (8 semester) bagi melayakkan pengiktirafan mengajar dalam sistem persekolahan awam di Malaysia.


PENYELIDIKAN

Penyelidikan merupakan kegiatan utama jabatan. Bidang tumpuan khusus penyelidikan termasuk Pengajaran Kesusasteraan, Kemahiran Membaca, Kemahiran Lisan, Kemahiran Mengarang, Korpus Bahasa dalam Pendidikan, Pembinaan Bahan Pengajaran, Pendidikan Moral di Sekolah, Pemikiran Kreatif dan Kritis serta Sistem Pendidikan Islam.


PERKHIDMATAN PERUNDINGAN DAN PENGEMBANGAN

Khidmat perundingan dan pengembangan telah melibatkan agensi sektor awam dan swasta seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

Jabatan juga menganjurkan:

  • The Malaysian International Conference on English Language teaching (MICELT) setiap dua tahun (micelt.com.my)
  • International Symposium on English Language Teaching (ISELT)
  • Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (SAPBASBUM)
  • Bengkel dan Kolokium Pendidikan Bahasa dan Kesusasteraan (Bahasa Melayu dan TESL), Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Ketua
Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor.
+ Tel. : 03 9769 7907/8182
+ E-mel : s_shamsudin@upm.edu.my