Jabatan Asas Pendidikan

Jabatan Asas Pendidikan (JAP) 

Adalah satu daripada enam jabatan yang ditubuhkan apabila Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia distruktur semula pada tahun 2002. JAP mempunyai misi untuk menjadi pusat penerokaan ilmu dan pembelajaran bertaraf dunia yang menyumbang kepada kemajuan manusia dalam bidang pendidikan. JAP bermatlamat melahirkan graduan yang cemerlang, menghasilkan penyelidikan berkualiti dan memberi khidmat profesional dalam bidang pendidikan.