Pengenalan




Klinik kaunseling ini menyediakan perkhidmatan kaunseling profesional yang dilindungi oleh etika kerahsiaan untuk semua staf dan pelajar Universiti Putra Malaysia secara percuma. Terdapat beberapa orang pensyarah psikologi yang berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia yang sedia membantu staf UPM dan pelajar khasnya. Pelbagai jenis perkhidmatan yang ditawarkan antaranya:

a.      Kaunseling Individu;

b.      Kaunseling Kelompok;

c.      Program-program Motivasi; dan

d.      Pentadbiran Profil Ujian Psikologi



Terdapat 2 Klinik Kaunseling yang disediakan iaitu:

1.  Klinik Kaunseling Individu

2.  Klinik Kaunseling Komuniti

  


 
Tujuan Kaunseling

1.  Memberi maklumat

     Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat

2.  Memberikan celik akal

     Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran)

     Membantu klien mengenal diri merupakan kunci kepada masalah yang dihadapinya

3.  Memberi sokongan

     Klien memerlukan sokongan emosi, fizikal dan kemesraan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah

4.  Penyelesaian konflik

     Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak)

     Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan

5.  Membuat keputusan

     Membantu klien membuat keputusan kerana terdapat klien yang kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan

     Pensyarah Psikologi boleh berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan di ambil oleh klien.

 

Untuk maklumat lanjut, sila tekan disini.