| FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES

Bengkel Penilaian bagi Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2023

May be an image of 15 people, people sitting, people standing and headscarf

SERDANG - Fakulti Pengajian Pendidikan telah terpilih sebagai hos Bengkel Penilaian bagi Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2023 di Bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) yang telah dijalankan pada 23 Mac 2023 di Qhub, FPP. Pada peringkat PTJ, bengkel ini telah berjaya dikelolakan oleh Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pendanaan).
Sebagai penambahbaikan proses penilaian FRGS 2023, Y.Bhg. TNCPI telah mengarahkan bengkel penilaian secara fizikal di peringkat PTJ. Justeru itu, sukacitanya pihak RMC telah melantik FPP sebagai hos bagi bengkel secara fizikal penilaian proposal mengikut kluster Social Sciences.
Sesi taklimat telah di sampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Goh Yong Meng, Timbalan Pengarah Bahagian Geran Penyelidikan kepada semua panel penilai yang hadir ke sesi penilaian di PTJ. Di samping itu, FPP juga telah menerima lawatan daripada YBhg. Prof. Dr. Nazamid bin Saari, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

May be an image of 6 people, people sitting and indoor
May be an image of 7 people, people sitting, people standing and indoor

SXDdWA0~