LATAR
BELAKANG JABATAN
Jabatan Pendidikan
Sains dan Teknikal merupakan salah satu daripada
enam jabatan di Fakulti Pengajian Pendidikan.
Ditubuhkan pada tahun 2002, Jabatan ini berusaha
ke arah kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan,
khidmat perundingan dan pengembangan dalam bidang:
- Pendidikan
Sains Pertanian
- Pendidikan
Sains Rumah Tangga
- Pendidikan
Teknologi Maklumat
PENGAJARAN
Program
Ijazah Bacelor Pendidikan
Program Bacelor Pendidikan (Sains
Pertanian) dan Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga)
merupakan program pertama ditawarkan oleh Jabtan
Pendidikan Sains dan Teknikal. Jabatan ini kemudiannya
menawarkan program Bacelor Pendidikan (Teknologi
Maklumat). Ketiga-tiga program adalah 4 tahun
dengan 130 jam kredit.
Jabatan juga
menawarkan bidang tumpuan kedua atau bidang
minor. Bidang tersebut adalah Pengajaran Kemahiran
Hidup, Pendidikan Perdagangan, Pendidikan Keusahawanan,
Pendidikan Matematik, Pendidikan Sains, dan
Pendidikan Komputer dan Teknologi Maklumat.
Untuk malhirkan
graduan yang berketrampilan, kurikulum program
ini merangkumi kursus yang ditawarkan oleh Fakulti
Pengajian Pendidikan dan kursus berkaitan yang
diatawarkan oleh beberapa fakulti di UPM.
Fakulti tersebut
ialah Fakulti Pertanian, Fakulti Sains Komputer
dan Teknologi Maklumat, Fakulti Sains, Fakulti
Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Fakulti Perubatan
dan Sains Kesihatan, Fakulti Ekologi Manusia,
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, dan Fakulti
Bahasa Modem dan Komunikasi.
Graduan yang
mempunyai ijazah dalam program ini diberi pengiktirafan
berkhidmat dalam sistem persekolahan awam di
Malaysia.
Program
Siswazah
Jabatan ini juga menawarkan program-program
Doktor Falsafah (PhD), Master Sains (M.S) dan
Master Pendidikan (M.Ed) di peringkat siswazah
dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional
dengan pengkhususan dalam bidang Pendidikan
Pertanian, Pendidikan Sains Rumah Tangga, Pengurusan
Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Pendidikan
Perdagangan, Pendidikan Perniagaan dan Pendidikan
Keusahawanan. Selain itu, Pendidikan Matematik
dan Pendidikan Sains juga ditawarkan di bawah
bidang Pedagogi.
Untuk program
PhD, pelajar perlu mengikuti kerja kursus dan
disertasi. Program Master Pendidikan pula adalah
program yang memerlukan pelajar mengikuti 36
kredit kerja kursus dan menduduki peperiksaan
komprehensif. Program Master Sains pula memerlukan
pelajar mengikuti kerja kursus dan tesis.
KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Jabatan menyediakan
makmal untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Makmal-makmal tersebut ialah:
- Ladang Fakulti
- Makmal Sains
Pertanian
- Makmal Teknologi
Pakaian
- Makmal Pengurusan
Diri
- Makmal Katering
- Malmak Sains
- Makmal Komputer
Multimedia
- Makmal Penyelenggaraan
Komputer
- Makmal Pengurusan
Makanan
- Makmal Rekacipta
- Makmal Lukisan
Teknik
- Makmal Kerja
Kayu dan Enjin
- Makmal Elektrik
dan Elektronik
PENYELIDIKAN
Penyelidikan
merupakan salah satu kegiatan utama di Jabatan.
Bidang khusus yang dikaji termasuk Pendidikan
teknikal dan Vokasional, Pendidikan Pertanian,
Pendidikan Sains Rumah Tangga, pengajaran Kemahiran
Hidup, Pendidikan Perdagangan, Pendidikan Keusahawanan,
Pendidikan Perakaunan, Pendidikan Ekonomi, Pendidikan
Matematik dan Pendidikan Sains, dan Pendidikan
Komputer dan Teknologi Maklumat.
KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENGEMBANGAN
Khidmat perundingan
dan pengembangan telah melibatkan agensi sektor
awam dan swasta seperti Kementerian Pelajaran
Malaysia, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan,
Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Lembaga Akreditasi
Negara.
STAF AKADEMIK
Jabatan ini mempunyai
staf akademik yang terlatih di bidang yang ditawarkan.
Sehingga kini, jabatan mempunyai 35 orang staf
akademik.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Ketua
Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor.
+ Tel. : 03-89467909
+ Faks : 03-89468246
+ Emel : aida@educ.upm.edu.my , kjpst@putra.upm.edu.my