LATAR
BELAKANG JABATAN
Jabatan Pengajian
Sukan mula beroperasi pada 1 Mei 2004. Entiti
asal jabatan ini ialah Unit Pendidikan Jasmani
yang bernaung di bawah Jabatan Pendidikan (1979
- 2002) dan Jabatan Perlakuan dan Pergerakan
Manusia (Jun 2002 - April 2004). Jabatan ini
adalah teraju kepada pengajaran, penyelidikan
dan penawaran program-program pengajian dalam
disiplin ilmu Pendidikan Jasmani, Pendidikan
Kesihatan dan Sains Sukan di Malaysia. Hala
tuju Jabatan Pengajian Sukan adalah berdasarkan
visi untuk memperoleh pengiktirafan antarabangsa
sebagai pusat akademik dan rujukan yang unggul
untuk bidang pendidikan pergerakan, sains sukan
dan pendidikan kesihatan yang berasaskan pendekatan
sains dan teknologi.
PENGAJARAN
Program
Siswazah
Jabatan ini menawarkan program-program
berikut di peringkat siswazah:
PhD - Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan
MSc / MEd - Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan
Program PhD memerlukan
kerja kursus dan disertasi. Program Master adalah
program 36 kredit yang ditawarkan melalui kursus
dan tesis (MSc) atau melalui kerja kursus dan
peperiksaan komprehensif (MEd). Penerimaan masuk
ke program siswazah adalah kompetitif dan calon-calon
perlu mempamerkan kebolehan melakukan kerja
di peringkat siswazah.
Program
Ijazah Bacelor Pendidikan
Program 4 tahun (130 kredit) ini
menghasilkan graduan yang mempunyai pengiktirafan
mengajar dalam sistem persekolahan awam di Malaysia.
PENYELIDIKAN
Penyelidikan
merupakan kegiatan utama jabatan. Bidang khusus
yang dikaji termasuk Pendidikan Jasmani, Pendidikan
Kesihatan, Kecergasan, Pengujian dan Penilaian
dalam Pendidikan Jasmani, Prestasi Motor, Psikologi
Sukan, Pengurusan Sukan dan Kaedah Latihan Fizikal,
Fisiologi Senam dan Pemakanan Sukan.
PERKHIDMATAN PERUNDINGAN DAN PENGEMBANGAN
Jabatan Pengajian
Sukan membentuk jaringan kerjasama dengan institusi-institusi
pembelajaran tempatan dan antarabangsa. Di antara
institusi yang terlibat adalah seperti Kementerian
Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian
Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Institut
Sukan Negara, dan badan-badan bukan kerajaan
(NGO) yang releven.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Ketua
Jabatan Pengajian Sukan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor.
+ Tel. : 03-89468151
+ Faks : 03-89480119
+ Emel : marjohan@educ.upm.edu.my , kjps@putra.upm.edu.my