LATAR
BELAKANG JABATAN
Jabatan
Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan
(dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pendidikan
Pengembangan, di Pusat Pengembangan dan
Pendidikan Lanjutan) merupakan satu daripada
enam jabatan di Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia. Jabatan ini
telah menerajui peranan dalam pengajaran,
penyelidikan dan pengembangan di dalam
negara, di rantau ASEAN dan negara Komanwel
semenjak penubuhannya pada tahun 1976.
Visi jabatan
ialah untuk menyerlahkan potensi sumber
manusia melalui pembelajaran sepanjang
hayat. Misi jabatan ialah menghasilkan
penghidupan yang lebih sejahtera melalui
pembangunan sumber manusia. Objektif jabatan
ialah untuk:
- melahirkan
graduan yang berkualiti dan berdaya
saing
- menjalankan
penyelidikan berkualiti dalam bidang
pengkhususan
- menyebarkan
pengetahuan melalui penerbitan, seminar,
latihan dan perkhidmatan perundingan
dan pengembangan
- menyediakan
kepakaran melalui perkhidmatan perundingan
dan nasihat kepada organisasi, masyarakat
dan industri
- membentuk
dan mengukuhkan jaringan dengan orhanisasi
pembelajaran, penyelidikan dan industri
agar dapat mengurangkan jurang antara
teori dan praktis dalam bidang pengkhususan
Jabatan
ini menjalankan tiga fungsi utama:
- pengajaran
- penyelidikan
- perkhidmatan
perundingan dan pengembangan
PENGAJARAN
JPPPL menawarkan
program akademik berbentuk antara disiplin
di peringkat siswazah, bacelor dan diploma.
- Program
Siswazah
- Program
Siswazah yang ditawarkan ialah:
- Doktor
Falsafah (Ph.D.) (Pendidikan Pengembangan)
- Doktor
Falsafah (Ph.D.) (Pembangunan Sumber
Manusia)
- Master
Sains (M.S.) (Pendidikan Pengembangan)
- Master
Sains (M.S.) (Pembangunan Sumber Manusia)
- Master
Pembangunan Sumber Manusia
Program
Ph.D. (Pendidikan Pengembangan)
menawarkan pengkhususan seperti Pendidikan
Lanjutan, Gender dan Pembangunan, Belia
dan Pembangunan, dan Pembangunan Sumber
Komuniti.
Program
Ph.D. (Pembangunan Sumber Manusia) dibentuk
untuk menyediakan para profesional yang
ingin mendalami pengetahuan daripada segi
teori dan pengetahuan penyelidikan dalam
bidang pengkhususan Pengurusan Latihan,
Organisasi Pembelajaran, Pembangunan Kerjaya
dan Hubungan Industri. Pelajar dikehendaki
menyempurnakan kerja kursus dan disertasi
untuk program Ph.D. Setiap program M.S.
(Pendidikan Pengembangan) dan (Pembangunan
Sumber Manusia) memerlukan kerja kursus
dan tesis manakala Master Pembangunan
Sumber Manusia dikehendaki melengkapkan
kerja kursus dan menduduki peperiksaan
komprehensif.
Program
Bacelor
Program Bacelor Sains (Pembangunan
Sumber Manusia) menyediakan pelajar dengan
kemahiran sebagai pekerja PSM dalam pelbagai
konteks pekerjaan bersesuaian dengan keperluan
masa kini.
Program
Diploma
Program Diploma Belia dalam
Kerja Pembangunan ditawarkan dengan kerjasama
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,
dan Sekretariat Komanwel, London. Program
ini melahirkan pekerja belia profesional
melalui kaedah pendidikan jarak jauh.
Kedua-dua
program Master Pembangunan Sumber Manusia
dan B.S. (Pembangunan Sumber Manusia)
juga mempunyai program yang dikendalikan
secara jarak jauh.
PENYELIDIKAN
JPPPL mempunyai
lima kumpulan penyelidikan dalam pengkhususan
berikut:
- Pembangunan
Sumber Manusia
- Pendidikan
Dewasa dan Latihan
- Gender
dalam Pembangunan
- Belia
dalam Pembangunan
- Pembangunan
Komuniti
Hasil penyelidikan
disebarkan untuk kegunaan penggubal dasar,
pembentuk program dan pengamal pembangunan
sumber manusai melalui penerbitan, seminar,
latihan perkhidmatan perundingan dan pengembangan.
KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENGEMBANGAN
Jabatan
telah mengadakan program kerjasama dan
fellowship antara universiti dan komuniti
yang dianggap penting dalam pembangunan
nasional. JPPPL menyediakan khidmat perundingan
dan pengembangan untuk industri, organisasi
dan komuniti melalui pelbagai projek,
latihan dan inisiatif penyebaran pengetahuan
yang lain. Untuk mengukuhkan penyelidikan
perkhidmatan perundingan dan pengembangan,
JPPPL mempunyai tiga struktur sokongan:
- Pusat
Kecemerlangan Pendidikan Dewasa dan
Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Unit
Pengajian Wanita
- Unit
Pengajian Pembangunan Belia
Pusat
Kecemerlangan Pendidikan Dewasa dan Pembelajaran
Sepanjang Hayat
Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Dewasa dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
(ReALL) menjalankan penyelidikan untuk
menjana teori dan amalan dalam bidang
pembelajaran dewasa, pendidikan lanjutan,
pendidikan komuniti, pembelajran di tempat
kerja dan pemnelajran sepanjang hayat.
Penyelidikan dibiayai dan dijalankan melalui
usahasama dengan institusi tempatan dan
antarabangsa.
Unit
Pengajian Wanita
Objektif unit ini ialah
untuk menyediakan pengetahuan tentang
kebajikan dan potensi wanita dalam pembangunan
melalui pengajaran, perundingan dan latihan;
untuk menjalankan penyelidikan dalam pelbagai
peranan wanita dalam pembangunan; untuk
menyediakan pengetahuan bagi membantu
pembentukan dasar berkaitan wanita dan
pembangunan, dan membentuk jaringan serta
kerjasama dengan individu dan institusi
lain yang mempunyai peranan dalam pembangunan
wanita.
Unit
Pengajian Pembangunan Belia
Objektif unit ini ialah
untuk membangunkan potensi belia dalam
pembangunan melalui pengajaran, penyelidikan
dan perkhidmatan perundingan dan pengembangan;
untuk bertindak sebagai pusat sumber dalam
mengumpul dan menyebarkan maklumat berkaitan
belia; dan membentuk jaringan dan kerjasama
dengan individu dan institusi lain yang
mempunyai peranan dalam pembangunan belia
dan menggubal pendekatan ke arah perlaksanaan
dasar Pembangunan Belia Negara.
STAF AKADEMIK
JPPPL mempunyai
staf akademik yang berkelayakan dan berpengalaman
dalam bidang Pendidikan Dewasa dan Pembangunan
Sumber Manusia.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Ketua
Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan
Lanjutan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor.
+ Tel. : 03-89468226 / 8241 / 8239
+ Faks : 03-89450455
+ Web : www.ace.upm.edu.my
+ Emel : ismi@putra.upm.edu.my , kjpppl@putra.upm.edu.my