LATAR
BELAKANG JABATAN
Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling
(JPKPK) merupakan salah satu jabatan daripada
enam jabatan di Fakulti Pengajian Pendidikan.
Mula berdiri dengan sendiri pada 1 Mei 2004.
Entiti asal jabatan ini ialah Unit Bimbingan
dan Kaunseling bernaung di bawah Jabatan Pendidikan
(1979-2002) dan Jabatan Perlakuan dan Pergerakan
Manusia (Jun 2002 – April 2004). Jabatan
ini berusaha ke arah kecemerlangan dalam pengajaran,
penyelidikan, khidmat perundingan dan pengembangan
dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Jabatan
ini telah mengendalikan program Bacelor Pendidikan
(Bimbingan dan Kaunseling) semenjak tahun 1981
dan merupakan program yang pertama yang ditawarkan
di Malaysia dalam bidang ini.
Jabatan ini menjalankan
tiga fungsi utama :
• Pengajaran
• Penyelidikan
• Perkhidmatan perundingan dan pengembangan
PENGAJARAN
JPKPK menawarkan program akdemik di peringkat
siswazah dan bacelor.
Program
Siswazah
Program siswazah yang ditawarkan ialah :
• Doktor
Falsafah (Ph.D.) (Bimbingan dan Kaunseling)
• Master Sains (M.Sc.) (Bimbingan dan
Kaunseling)
• Master Pendidikan (M.Ed.) (Bimbingan
dan Kaunseling)
Doktor
Falsafah
Program Ph.D. (Bimbingan dan Kaunseling) menawarkan
pengkhususan seperti pendidikan kaunselor dan
penyeliaan kaunseling, kaunseling keluarga,
kaunseling kerjaya, kaunseling sekolah, kaunseling
penyalahgunaan dadah, kaunseling silang-budaya,
kaunseling kelompok dan sebagainya. Pelajar
dikehendaki menyempurnakan kerja kursus dan
disertasi untuk program Ph.D. Penyediaan kerja
kursus ini dapat membantu pelajar lebih menguasai
sesuatu bidang ilmu itu dengan lebih mendalam.
Master
Sains (M.Sc.)
Pelajar yang mengikuti program M.Sc. (Bimbingan
dan Kaunseling) perlu mengikuti kerja kursus
dan tesis.
Master Pendidikan
(M.Ed.)
Pelajar yang mengikuti program M.Ed. (Bimbingan
dan Kaunseling) pula perlu mengikuti kerja kursus
dan menduduki peperiksaan komprehensif.
Program Bacelor
Program Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
menyediakan pelajar dengan kemahiran sebagai
kaunselor dalam pelbagai konteks situasi pekerjaan
dan sangat relevan dengan keperluan semasa.
Pengiktirafan
Profesional
Semua program yang ditawarkan oleh JPKPK menepati
piawaian Lembaga Kaunselor. Graduan yang mengikuti
program ini mempunyai kelayakan yang cukup untuk
diiktiraf sebagai kaunselor berdaftar.
PENYELIDIKAN
Penyelidikan merupakan salah satu kegiatan utama
jabatan. Bidang khusus yng dikaji termasuklah
pendidikan kaunselor, penyeliaan kaunseling,
kaunseling kerjaya, kaunseling sekolah, kaunseling
pekerja dan organisasi, kaunseling keluarga,
kaunseling kelompok, kaunseling pelbagai budaya,
kaunseling penyalahgunaan dadah, perundingan
kaunseling ibubapa, teknologi dalam perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling, pengujian dan penilaian
dalam kaunseling, pengurusan personelia dan
penyelidikan tentang teori dan teori berunsur
spiritualiti Islam.
PERKHIDMATAN
PERUNDINGAN DAN PENGEMBANGAN
Jabatan begitu aktif dalam memberikan khidmat
perundingan dan pengembangan. Di antara agensi
yang terlibat seperti Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Lembaga Kaunselor,
Agensi Dadah Kebangsaan, Persatuan Kaunselor
Malaysia, Biro Tatanegara, Lembaga Hasil Dalam
Negeri, Akademi Percukaian Negara, Institut
Sosial Malaysia dan sebagainya.
Jabatan juga
mempunyai Klinik Kaunseling Komuniti yang bertujuan
untuk membantu pelajar dan staf Universiti Putra
Malaysia dari segi kesejahteraan dalam pelbagai
aspek kesihatan mental.
KEMUDAHAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
JPKPK mempunyai
makmal kaunseling individu, kelompok, keluarga
dan pengujian dan penilaian untuk melatih bakal
kaunselor.
Keterangan
lanjut sila hubungi:
Ketua
Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 U.P.M. Serdang, Selangor Darul Ehsan.
+Tel. : 03-89468118
+Faks. : 03-89435386
+ Emel : lily@educ.upm.edu.my , kjpkpk@putra.upm.edu.my