LATAR
BELAKANG JABATAN
Jabatan Pendidikan
Bahasa dan Kemanusiaan (JPBK) merupakan salah
satu daripada enam jabatan di Fakulti Pengajian
Pendidikan. Ditubuhkan pada tahun 2002, jabatan
ini berusaha ke arah kecemerlangan dalam pengajaran,
penyelidikan, khidmat perundingan dan pengembangan
dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai
Bahasa Kedua (TESL), Pengajaran Bahasa Malaysia
sebagai Bahasa Pertama (PBMP), Pendidikan Moral,
Pendidikan Islam, Pengajaran Kesusasteraan dalama
Bahasa Inggeris dan Pengajaran Kesusasteraan
Melayu.
PENGAJARAN
Program
Siswazah
Jabatan ini menawarkan program-program
berikut di peringkat siswazah:
PhD - TESL, PBMP dan Pendidikan Moral
MSc / MEd - TESL, PBMP, Kesusasteraan Melayu,
Pendidikan Moral dan Pedagogi (Pendidikan Islam)
Program PhD memerlukan
kerja kursus dan disertasi. Program Master adalah
program 36 kredit yang ditawarkan melalui kursus
dan tesis (MSc) atau melalui kerja kursus dan
peperiksaan komprehensif (MEd). Penerimaan masuk
ke program siswazah adalah kompetitif dan calon-calon
perlu mempamerkan kebolehan melakukan kerja
di peringkat siswazah.
Program
Ijazah Bacelor Pendidikan
Program B.Pend. TESL dan PBMP
merupakan program yang pertama ditawarkan di
Malaysia dalam bidang masing-masing.
Kedua-dua program
4 tahun dan 130 kredit ini menghasilkan graduan
yang mempunyai pengiktirafan mengajar dalam
sistem persekolahan awam di Malaysia.
Jabatan ini juga
bercadang menawarkan program baru, B.Pend. Pendidikan
Moral dalam masa yang terdekat ini.
PENYELIDIKAN
Penyelidikan
merupakan kegiatan utama jabatan. Bidang khusus
yang dikaji termasuk Pengajaran Kesusasteraan,
Pembacaan, Corpora Bahasa Pelajar, Pembinaan
Bahan Pengajaran, Pendidikan Moral di Sekolah,
Pemikiran Kritis dan Sistem Pendidikan Islam.
Penyelidikan yang baharu diselesaikan adalah
The English of Malaysian School Students: A
Corpus Based Study, The Effects of Extensive
Reading on Language and Literary Skills, and
A Theory of Teaching and Learning of Gifted
Children.
PERKHIDMATAN PERUNDINGAN DAN PENGEMBANGAN
Khidmat perundingan
dan pengembangan telah melibatkan agensi sektor
awam dan swasta seperti Kementerian Pelajaran
Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Lembaga
Akreditasi Negara. Jabatan juga menganjurkan
The Malaysian International Conference on English
Language teaching (MICELT) sekali setiap tahun
(http://www.micelt.com.my)
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Ketua
Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor.
+ Tel. : 03-89467907
+ Faks : 03-89487905
+ Emel : ros_baki@putra.upm.edu.my , kjpbk@putra.upm.edu.my