Jabatan Pengajian Sukan


LATAR BELAKANG JABATAN

Jabatan Pengajian Sukan mula beroperasi pada 1 Mei 2004. Entiti asal jabatan ini ialah Unit Pendidikan Jasmani yang bernaung di bawah Jabatan Pendidikan (1979 - 2002) dan Jabatan Perlakuan dan Pergerakan Manusia (Jun 2002 - April 2004). Jabatan ini adalah teraju kepada pengajaran, penyelidikan dan penawaran program-program pengajian dalam disiplin ilmu Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Sains Sukan di Malaysia. Hala tuju Jabatan Pengajian Sukan adalah berdasarkan visi untuk memperoleh pengiktirafan antarabangsa sebagai pusat akademik dan rujukan yang unggul untuk bidang pendidikan pergerakan, sains sukan dan pendidikan kesihatan yang berasaskan pendekatan sains dan teknologi.