Latar Belakang JPPPL

 

LATAR BELAKANG JABATAN

Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Pengembangan, di Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan) merupakan satu daripada enam jabatan di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Jabatan ini telah menerajui peranan dalam pengajaran, penyelidikan dan pengembangan di dalam negara, di rantau ASEAN dan negara Komanwel semenjak penubuhannya pada tahun 1976.Visi jabatan ialah untuk menyerlahkan potensi sumber manusia melalui pembelajaran sepanjang hayat. Misi jabatan ialah menghasilkan penghidupan yang lebih sejahtera melalui pembangunan sumber manusia. Objektif jabatan ialah untuk:

  • melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing
  • menjalankan penyelidikan berkualiti dalam bidang pengkhususan
  • menyebarkan pengetahuan melalui penerbitan, seminar, latihan dan perkhidmatan perundingan dan pengembangan
  • menyediakan kepakaran melalui perkhidmatan perundingan dan nasihat kepada organisasi, masyarakat dan industri
  • membentuk dan mengukuhkan jaringan dengan orhanisasi pembelajaran, penyelidikan dan industri agar dapat mengurangkan jurang antara teori dan praktis dalam bidang pengkhususan


Jabatan ini menjalankan tiga fungsi utama:

  • pengajaran
  • penyelidikan
  • perkhidmatan perundingan dan pengembangan


PENGAJARAN

JPPPL menawarkan program akademik berbentuk antara disiplin di peringkat siswazah, bacelor dan diploma.

Program Siswazah yang ditawarkan adalah:

  • Doktor Falsafah (Ph.D.) (Pendidikan Pengembangan)
  • Doktor Falsafah (Ph.D.) (Pembangunan Sumber Manusia)
  • Doktor Falsafah (Ph.D) Kesihatan Komuniti dan Komunikasi
  • Master Sains (M.S.) (Pendidikan Pengembangan)
  • Master Sains (M.S.) (Pembangunan Sumber Manusia)
  • Master Sains (M.S Kesihatan Komuniti dan Komunikasi)
  • Master Pembangunan Sumber Manusia


Program Ph.D.

  • Program Ph.D. (Pendidikan Pengembangan) menawarkan pengkhususan seperti Pendidikan Lanjutan, Gender dan Pembangunan, Belia dan Pembangunan, dan Pembangunan Sumber Komuniti.
  • Program Ph.D. (Pendidikan Pengembangan) menawarkan pengkhususan seperti Pendidikan Lanjutan, Gender dan Pembangunan, Belia dan Pembangunan, Pendayaupayaan OKU dan Pembangunan Sumber Komuniti.

Program Ph.D. (Pembangunan Sumber Manusia) dibentuk untuk menyediakan para profesional yang ingin mendalami pengetahuan daripada segi teori dan pengetahuan penyelidikan dalam bidang pengkhususan Pengurusan Latihan, Organisasi Pembelajaran, Pembangunan Kerjaya dan Hubungan Industri. Pelajar dikehendaki menyempurnakan kerja kursus dan disertasi untuk program Ph.D. Setiap program M.S. (Pendidikan Pengembangan) dan (Pembangunan Sumber Manusia) memerlukan kerja kursus dan tesis manakala Master Pembangunan Sumber Manusia dikehendaki melengkapkan kerja kursus dan menduduki peperiksaan komprehensif.

Program Bacelor
Program Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian menyediakan pelajar dengan kemahiran sebagai pekerja PSM dalam pelbagai konteks pekerjaan bersesuaian dengan keperluan masa kini.

Program Diploma
Program Diploma Belia dalam Kerja Pembangunan ditawarkan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, dan Sekretariat Komanwel, London. Program ini melahirkan pekerja belia profesional melalui kaedah pendidikan jarak jauh.

Kedua-dua program Master Pembangunan Sumber Manusia dan B.S. (Pembangunan Sumber Manusia) juga mempunyai program yang dikendalikan secara jarak jauh.

PENYELIDIKAN

JPPPL mempunyai lima kumpulan penyelidikan dalam pengkhususan berikut:

  • Pembangunan Sumber Manusia
  • Pendidikan Dewasa dan Latihan
  • Gender dalam Pembangunan
  • Belia dalam Pembangunan
  • Pembangunan Komuniti

Hasil penyelidikan disebarkan untuk kegunaan penggubal dasar, pembentuk program dan pengamal pembangunan sumber manusai melalui penerbitan, seminar, latihan perkhidmatan perundingan dan pengembangan.


KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENGEMBANGAN

Jabatan telah mengadakan program kerjasama dan fellowship antara universiti dan komuniti yang dianggap penting dalam pembangunan nasional. JPPPL menyediakan khidmat perundingan dan pengembangan untuk industri, organisasi dan komuniti melalui pelbagai projek, latihan dan inisiatif penyebaran pengetahuan yang lain. Untuk mengukuhkan penyelidikan perkhidmatan perundingan dan pengembangan, JPPPL mempunyai tiga struktur sokongan:

  • Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dewasa dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
  • Unit Pengajian Wanita
  • Unit Pengajian Pembangunan Belia

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dewasa dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dewasa dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (ReALL) menjalankan penyelidikan untuk menjana teori dan amalan dalam bidang pembelajaran dewasa, pendidikan lanjutan, pendidikan komuniti, pembelajran di tempat kerja dan pemnelajran sepanjang hayat. Penyelidikan dibiayai dan dijalankan melalui usahasama dengan institusi tempatan dan antarabangsa.

Unit Pengajian Wanita
Objektif unit ini ialah untuk menyediakan pengetahuan tentang kebajikan dan potensi wanita dalam pembangunan melalui pengajaran, perundingan dan latihan; untuk menjalankan penyelidikan dalam pelbagai peranan wanita dalam pembangunan; untuk menyediakan pengetahuan bagi membantu pembentukan dasar berkaitan wanita dan pembangunan, dan membentuk jaringan serta kerjasama dengan individu dan institusi lain yang mempunyai peranan dalam pembangunan wanita.

Unit Pengajian Pembangunan Belia
Objektif unit ini ialah untuk membangunkan potensi belia dalam pembangunan melalui pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan perundingan dan pengembangan; untuk bertindak sebagai pusat sumber dalam mengumpul dan menyebarkan maklumat berkaitan belia; dan membentuk jaringan dan kerjasama dengan individu dan institusi lain yang mempunyai peranan dalam pembangunan belia dan menggubal pendekatan ke arah perlaksanaan dasar Pembangunan Belia Negara.

STAF AKADEMIK

JPPPL mempunyai staf akademik yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang Pendidikan Dewasa dan Pembangunan Sumber Manusia.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Ketua
Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan

Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor.
+ Tel. : 03-9769 8226 
+ Emel : wahiza@upm.edu.my