|
FPP's
DIRECTORY |
||
| |
||
![]() |
|
Name:
Turiman bin Suandi Position: Professor / Deputy Dean (Student Affairs & QA) of School of Graduate Studies Qualifications : Dip. Animal Health and Prod. (UPM), B.S. (Florida), M.S., Ph.D. (Ohio State) Department: Professional Development and Continuing Education Area of Specialization: Youth & Development Email: tj@putra.upm.edu.my; turiman55@gmail.com Phone: (603) 89464209/ 8247 Homepage: - |
Profesor Dr. Turiman Suandi telah berkhidmat dalam bidang Pembangunan Belia dan Kesukarelawanan yang menjadi bidang pengkhususan beliau lebih daripada 25 tahun. Sumbangan dan penglibatan beliau dalam usaha membangunkan komuniti terutamanya generasi muda mendapat pengiktirafan di peringkat negara dan antarabangsa. Prof. Dr. Turiman Suandi mendapat pendidikan peringkat menengah di Maktab Tentera Diraja, Sungei Besi. Beliau memperoleh Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 1978. Walaubagaimanapun, minat yang begitu mendalam bagi menaiktarafkan kehidupan sosioekonomi masyarakat, beliau mengubah haluan untuk mendalami bidang pendidikan pengembangan pertanian di peringkat bacelor dan master. Beliau telah dilantik sebagai pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) pada tahun 1982. Sejak itu, sumbangan beliau dalam pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan difokuskan pada Pembangunan Belia dan Masyarakat. Prof. Dr. Turiman Suandi mendapat ijazah doktor falsafah pada 1991 dalam bidang Pengembangan Pendidikan dan Pembangunan Belia daripada Ohio State University, Columbus, USA. Beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan professor pada tahun 2003. Kini beliau memegang jawatan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Biasiswa di Sekolah Pengajian Siswazah. Beliau juga terlibat dengan aktiviti penyelidikan dan perundingan di peringkat nasional dan antarabangsa, dalam bidang pendidikan pengembangan, pembangunan sumber manusia, pembangunan belia dan kesukarelawanan. Beliau terlibat dengan khidmat nasihat dan khidmat masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa, dalam bidang kepimpinan, motivasi, pentadbiran dan kesukarelawanan. Beliau terlibat aktif dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah rendah dan menengah. Kini beliau merupakan felo kehormat di Majlis Belia Selangor dan pakar rujuk di majlis Perundingan Belia Selangor. Professor Dr. Turiman Suandi, has dedicated himself in the area of youth development and volunteerism as a field of specialization for more than 25 years. His significant and scholarly contributions and involvements in building the capacity of people in the community, especially the younger generations are highly acknowledged nationally and internationally. Prof. Dr. Turiman Suandi completed his high school at the Royal Military College, Sungei Besi. He obtained his diploma in Animal Health and Production from UPM in 1978. However, due to the deep interest in uplifting the socio-economic conditions of the society, he decided to pursue his higher education in the area of agricultural extension education at the bachelor and master’s levels. He was appointed as a lecturer with Universiti Pertanian Malaysia (now Universiti Putra Malaysia) in 1982. Since then, his contributions in teaching, research and services has been focused on the community and youth development. Prof. Dr. Turiman Suandi obtained his doctoral degree in 1991 in Extension Education and Youth Development from the Ohio State University, Columbus, USA. He was promoted to Professor in 2003. Currently he serves as the Deputy Dean in-charge of student and Student Affairs at School of Graduate Studies. He has been involved in research and consultancy works, both nationally and internationally in the area of extension education, human resource development, youth development and volunteerism. He has also been involved in advisory and community services, both national and internationally, in the areas of leadership, motivation, administration and volunteerism. He is actively involved in the Parent Teacher Associations at the primary and secondary schools. He is currently an Honorary Fellow at the Selangor Youth Council and a resource person at the Selangor Youth Consultative Council. |
||
ON-GOING RESEARCH
COMPLETED RESEARCH
SELECTED PUBLICATIONS Journal
Book/Chapter
Monograph
Professional and Study Awards
Teaching experience
|
||
|
Updated: 15 June 2009 |
||
© FAKULTI PENGAJIAN
PENDIDIKAN, UPM 2006 |
||