FPP's DIRECTORY
 


 

Name: Nor Hayati binti Hj. Alwi
Position: Senior Lecturer
Qualifications :Dip. Ed. (UTM), B.Sc. (Indiana), M.Sc. (Wisconsin), Ph.D
(UKM)
Department: Science and Technical Education
Areas of Specialization:
Science Education/Curriculum and Instruction
Email: yatialwi@educ.upm.edu.my
Phone: (603) 89468214
Homepage:  http://www.educ.upm.edu.my/~yatialwi
 
 

Dr. Nor Hayati Alwi menamatkan pendidikan menengah di Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur pada tahun 1978. Beliau memiliki Ijazah Bacelor Sains Biologi dari Indiana State University, USA, dan Sarjana Sains dalam Kurikulum & Pengajaran mengkhusus dalam Pendidikan Sains dari University of Wisconsin, USA. Beliau juga memiliki Diploma Pendidikan daripada Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah dalam Pendidikan Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah guru Biologi selama 8 tahun di Maktab Rendah Sains MARA dan Pusat Matrikulasi Sains, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau dilantik sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2002. Kini, beliau terlibat dalam pengajaran, penyelidikan dan perundingan dalam bidang-bidang Pendidikan Sains, Kurikulum dan Pengajaran juga Pembangunan Insan. Beliau telah menghasilkan satu Teori dan Model Pendidikan Sains dan tiga Teori dan Model Pengajaran Sains daripada tesis Doktor Falsafahnya. Kesemua teori dan model ini boleh dijadikan asas dalam perkembangan dan perancangan kurikulum sains yang bertujuan melahirkan insan sains yang berakhlak mulia melalui sistem pendidikan kebangsaan. Dr. Nor Hayati pakar dalam kaedah penyelidikan “Grounded Theory Method”. Minat dan kepakaran dalam kesemua bidang tadi mendorong beliau melakukan khidmat masyarat dalam kalangan pelajar, persatuan ibu bapa dan persatuan wanita setempatnya.

Dr. Nor Hayati Alwi completed her high school at Convent Bukit Nanas Kuala Lumpur in 1978. She holds Bachelor of Science Degree In Biology from Indiana State University, USA and Master of Science in Curriculum & Instruction specializing in Science Education from University of Wisconsin, USA. She also holds Diploma In Education from Universiti Teknologi Malaysia and a PhD Degree in Science Education from Universiti Kebangsaan Malaysia. She was a Biology teacher for 8 years in Junior MARA Science College and the Science Matriculation Center of Universiti Kebangsaan Malaysia. She was appointed as a lecturer with Universiti Putra Malaysia in 2002. Currently, she involves with teaching, research and consultation in the fields of Science Education, Curriculum & Instruction and Human Development. She had produced one Science Education Theory and Model and three Science Instructional theories and models from her PhD thesis. These theories and models are capable of becoming the basis of science curriculum development and planning with the aim to produce good science person via the national science education system. She is the expert of the “Grounded Theory Research Method”. Her interests and expertise in all those fields motivate her to involve in community services for students, parents and local women organizations.

© FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UPM 2006