FPP's DIRECTORY
 


 

Name: Haziyah bte Hussin
Position: Lecturer
Qualifications: Ad. Dip. Art & Design (ITM), B.F.A (Philadelphia), M.Sc. (Denton), Ph.D. (UPM)
Department:
Science and Technical Education
Areas of Specialisation: Reka Bentuk Fesyen
Email: haziyah@educ.upm.edu.my
Phone: (603) 89468127
Homepage: -
 
 

Dr. Haziyah Hussin memulakan pengajian tingginya di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor selama empat tahun dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni dan reka bentuk pada tahun 1980. Beliau meneruskan pengajian di Amerika Syarikat dan memperoleh Sarjana Muda Seni Halus dalam bidang fesyen dan reka bentuk dan seterusnya memperoleh sarjananya dalam bidang pakaian dan tekstil dan perdagangan fesyen. Pada akhir tahun 1996, beliau meneruskan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah di Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina, Universiti Putra Malaysia, dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada peringkat inilah beliau mula menjalankan penyelidikan tentang tekstil (khususnya tekstil melayu tempatan). Dr. Haziyah memulakan kerjaya di Universiti Putra Malaysia semenjak tahun 1979 lagi. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pembangunan Manusia dan kini bertugas di Fakulti Pengajian Pendidikan. Semasa bertugas di Universiti Putra Malaysia, beliau pernah terlibat dalam menghasilkan rekabentuk pakaian untuk Majlis Konvokesyen. Di samping itu, beliau juga terlibat dalam jawatankuasa peristilahan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan juga menjalankan penyelidikan tentang pakaian dan tekstil. Di samping itu, beliau turut menjadi penulis dalam Ensiklopedia Pelajar terbitan DBP, penilai buku, pakar rujuk dan pembentang kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, beliau juga turut menjadi ahli panel, penceramah dan pakar runding. Sebelum mengikuti program Doktor Falsafah, beliau juga pernah mengikuti kursus di Universiti Teknologi Malaysia (Auto-CAD Training Centre). Kini, beliau giat menulis beberapa judul dengan DBP khususnya berkait dengan pakaian dan tekstil.

Dr. Haziyah started her higher education at Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor for four years and obtained Degree in Art and Design in 1980. She pursued her studies at United States and obtained Degree of Ethereal Art in Fashion and Design, and then obtained her Master Degree in Clothes and Textile and fashion commerce. The end of 1996, she pursued her studies in PhD level at Faculty of Design and Architecture, Universiti Putra Malaysia cooperation with Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. In this level, she has been involved in research works, in the area of textile (specialize in local Malay textile). Dr. Haziyah started her career in Universiti Putra Malaysia since 1979. She has been served as lecturer in Faculty of Human Development and currently she is a lecturer of the Faculty of Educational Studies. Since she is in Universiti Putra Malaysia, she has been involved in designing of clothes for convocation. Beside that, she has also been involved in translation committee for Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) and has been involved in research in the area of clothes and textiles. She has also been an author in Student Encyclopaedia published by DBP, book evaluator, resource person and presenter both nationally and internationally. She is also a panelist, speaker and consultant. Before pursued her PhD, she has been attend a course at Universiti Teknologi Malaysia (Auto-CAD Training Centre). Currently, she is active in writing with DBP in the area of clothes and textiles.

© FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UPM 2006