| FPP's
DIRECTORY |
||
| |
||
![]() |
|
Name:
Norhayat bin Marzuki Position: Lecturer Qualifications: B. Tech. (UTM), M.Ed. (UTM) Department: Science and Technical Education Areas of Specialisation: Pendidikan Kejuruteraan Elektrik Email: norhayat@educ.upm.edu.my Phone: (603) 89468135 Homepage: - |
| Norhayat B Marzuki mendapat pendidikan peringkat menengah di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor. Seterusnya mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Teknik, Cheras, Kuala Lumpur dalam bidang Rawatan Radio, TV dan Elektronik. Beliau memegang Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) dari Universiti Teknologi Malaysia. Diawal kariernya menjadi guru teknikal mengajar selama 7 tahun bagi subjek Rawatan Radio, TV dan Elektronik di SMV Simpang Sanggang, Temerloh, Pahang dari Januari 1976 hingga Disember 1982. Beliau kemudian dipinjamkan sementara ke Pusat Pemulihan Orang Cacat Anggota, Bt. 12 Kajang, Selangor selama 9 bulan untuk mengajar dan menyediakan pelajar cacat anggota untuk berdikari menjadi mekanik penyenggaraan elektrik dan elektronik khususnya membaiki radio, TV dan elektronik. Bermula Oktober 1986 beliau menjawat jawatan Pegawai Elektronik di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru yang kini di naik taraf sebagai Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Jawatan ini dilakukan bersama sebagai pensyarah teknologi pendidikan aspek audio selama 3 tahun. Walau bagaimana pun setelah memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik), beliau terus di lantik sebagai pensyarah mengajar Elektrik, Elektronik dan Lukisan Teknik bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Selama 14 tahun di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, pada Januari 1999 beliau diterima berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia., Kuala Lumpur. Beliau dilantik sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia pada Oktober 1999 dan ditempatkan di Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal. Bidang beliau kini lebih bercapah. Beliau mengajar bidang Elektrik dan Elektronik, Lukisan Teknikal, AutoCAD, Kerja Kayu, Logam dan Perpaipan, dan, Reka Cipta dan Reka Bentuk. Dalam kegiatan kokurikulum, beliau memilih Pasukan Pengakap Malaysia. Beliau kini merupakan penolong jurulatih yang memegang 3 Biji Manikayu. Semua tugasan dan keperluan kursus dan latihan pasukan pengakap untuk menjadi Jurulatih Pemegang 4 Biji Manikayu telah dipenuhi. Selain pengakap, beliau pernah melibatkan diri dengan aktif dalam Persatuan Ibu Bapa Guru SMK Bandar Baru UDA Johor Bahru, selama 6 tahun, dan 2 tahun di SMK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor. Norhayat B Marzuki received a secondary education at SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor. Then persued in teacher education at Technical Teachers Training College, Cheras, Kuala Lumpur in a field of Radio, TV and Electronic Servicing. He has been awarded Master Degree of Technical and Vocational Education and his first degree of Bachelor Degree of Technology with Education (Electrical Engineering) from the University Of Technology Malaysia. His earliest career, he became a technical teacher teaching Radio, TV and Electronic Servicing at the SMV Simpang Sanggang, Temerloh, Pahang from January 1976 till December 1982. He then was attached temporarily to Handicapped People Rehabilitation Training Centre, Miles 12, Cheras, Kajang, Selangor for 9 months, teaching and preparing the students independently to become electronic mechanics specially in servicing Radio, TV and electronic appliances. In October 1986 he then served as Electronic Officer at Temengong Ibrahim Teachers Training College, Johor Bahru. This job he was assigned simultaneously as a lecturer of educational technology teaching aspects of audio for a duration of three years. Later after he acceived his first degree of Bachelor Degree of Technology with Education (Electrical Engineering he had been promoted to become a lecturer teaching Electric, Electronic, Technical Drawing for the Living Skills subject. After a long 14 years serving at Temengong Ibrahim Teachers Training College, Johor Bahru, which now has been upgraded to Institute of Temenggong Ibrahim. Later he was accepted as Assistant Director at Curriculum Unit, Ministry of Education Kuala Lumpur. Then in October 1999, he accepted an offer to become a lecturer at University Putra Malaysia and placed at the Science and Technical Department, Faculty of Educational Studies. Here his teaching is more diversified. He teaches Electric, Electronic, Technical Drawing, Wood Work, Metal Sheet and Piping, AutoCAD and Invention and Design. In the co-curricular activities he chooses Malaysia Scout Group. He is now an assistant trainer who possessed 3 Beats. He also has undergone through all the trainings and completed all the assignments and needs to become a 4 Beads holder, a full national trainer for Malaysia Scout Group. Apart from scouting, he was a very active member in Parents Teachers Association of SK Bandar Baru UDA, Johore Bahru for 6 years and SMK Section 9, Shah Alam, Selangor for two years. |
||
©
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UPM 2006 |
||