UPM-IPT Pertama Asia Peroleh Akreditasi Teacher Education Accreditation Council | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » UPM-IPT pertama Asia peroleh akreditasi Teacher Education Accreditation Council

UPM-IPT pertama Asia peroleh akreditasi Teacher Education Accreditation Council

Washington DC, 7 Mei - Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi institusi pengajian tinggi  pertama di Asia yang menerima akreditasi untuk program pendidikan guru daripada badan antarabangsa, The Teacher Education Accreditation Council (TEAC), berpusat di Washington DC, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Pengiktirafan itu meletakkan program pendidikan guru di UPM setanding dengan program pendidikan guru beberapa buah universiti terkemuka Amerika Syarikat yang mendapat akreditasi TEAC seperti University of Virginia,  University of Nebraska, University of Michigan,  Temple University dan  Rutgers University

Akreditasi yang diterima bagi program Bacelor Pendidikan itu meletakkan UPM sebagai IPT yang cemerlang dalam melahirkan graduan lulusan Bacelor Pendidikan di peringkat antarabangsa dan akan terus komited untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar.

Naib Canselor UPM, Prof Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan menerima sijil akreditasi itu daripada Presiden The Council for the Accreditation of Educator Preparation (CAEP), James G. Cibulka  di sini

Prof. Fauzi mengulas proses akreditasi itu melibatkan proses komprehensif yang telah dijalankan selama tiga tahun bagi memenuhi kriteria standard TEAC iaitu badan yang diiktiraf oleh Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat dan Majlis Akreditasi Pendidikan Tinggi Amerika Syarikat.

“Universiti yang menerima pengiktirafan tersebut perlu melalui proses pemantauan secara berterusan oleh TEAC selama lima tahun berturut-turut bagi mengekalkan pengiktirafan akreditasi yang diterima,” katanya.



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEUEAJ~