| FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

Program Pemantapan Penyelidikan dan Kendiri 2015 siri 1

siri 1


PORT DICKSON - Program Pemantapan Penyelidikan dan Kendiri 2015 siri 1  Fakulti Pengajian Pendidikan telah diadakan pada 11 hingga 13 Oktober 2015 di PNB Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

soaibasimiran

Seramai 41 staf yang terlibat merangkumi pegawai akademik, bukan akademik dan pelaksana di dalam program tersebut. Program ini dikelolakan oleh pihak Consultan luar yang dilantik oleh fakulti iaitu Conseiller Consulting Snd. Bhd bagi memenuhi modul program dan objektif yang telah ditetapkan.  

soaibasimiran

Objektif utama program adalah bagi melahirkan individu yang cemerlang melalui kerja berpasukan yang dinamik, memberi kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul di dalam organisasi, mencungkil kelebihan dan kelemahan diri untuk lebih maju, memberi motivasi agar menjadi individu yang berkeyakinan  serta mengamalkan kerja berpasukan di dalam organisasi dan meningkatkan motivasi kerja cemerlang.

Consultant telah menganjurkan program yang bersesuaian dan menarik minat para peserta. Program-program tersebut dilaksanakan melalui aktiviti ketahanan fizikal dan mental, aktiviti rohani dan jasmani, latihan kerja berpasukan, latihan komunikasi serta penyelesaian masalah.      

 soaibasimiran


SXDdAAz~