Kelab Sains Pertanian, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Pendidikan yang disertai oleh 20 orang mahasiswa Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) menganjurkan satu Program Mobiliti Ilmu ke Bogor Agricultural University, Indonesia yang akan diadakan pada 24 November hingga 7 Disember 2017.
Melalui program ini, mahasiswa akan lebih mengenali secara lebih dekat mengenai pembangunan bidang Sains Pertanian, perbandingan kurikulum serta pembelajaran di peringkat universiti dan sekolah Kejuruan (vokasional) yang terdapat di Indonesia. Di samping itu, mahasiswa berkongsi budaya Malaysia bersama Persatuan Mahasiswa Bogor Agricultural University.
Program Mobiliti Ilmu BPSP 2017 merupakan satu program yang mampu menjadi platform bagi mahasiswa universiti untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran akademik dan insaniah dengan lebih efektif. Pelbagai input yang dapat diserap melalui program seperti ini di mana iainya dapat memberi peluang kepada mahasiswa untuk menggunakan kemahiran akademik dan insaniah dalam diri mahasiswa melalui pelbagai aktiviti berbentuk akademik, sosial dan kamasyarakatan yang dirangka.
Pendedahan mahasiswa kepada pendidikan antarabangsa merupakan wadah terbaik untuk pendedahan dan pengalaman kontekstual yang berguna dalam menambah ilmu dan memperbaiki jati diri. Pengetahuan serta pengalaman yang diperolehi akan dipanjangkan kepada warga BPSP apabila mereka pulang kelak.
Tarikh Input: 30/11/2017 | Kemaskini: 30/11/2017 | ctnoorain
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-9769 8111 (PascaSiswazah)
03-9769 8117 (PraSiswazah)