Program Keterlihatan Dan Sangkutan Penyelidikan Penyelidik | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Program Keterlihatan dan Sangkutan Penyelidikan Penyelidik

Program Keterlihatan dan Sangkutan Penyelidikan Penyelidik

Dua orang pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM sedang mengikuti Program Sangkutan Penyelidikan Jangka Pendek (14 hari)

Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar
Bimbingan dan Kaunseling (Psikologi Kaunseling)
Harvard University, United States of America
1 November -18 November 2017

 

Dr. Mursyid Arshad
Pembangunan Sumber Manusia/ Pembangunan Belia/ Kepimpinan
University of iIIinois at Urbana-Champaign
30 Oktober - 15 November 17

 

Pensyarah yang mengikuti program sangkutan penyelidikan dikehendaki mengemukakan laporan hasil jaringan lawatan penyelidikan yang telah diadakan dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh lawatan iaitu :

i. Penerbitan artikel dalam Top Jurnal serta memasukkan afiliasi dari institusi berkaitan dalam penerbitan penyelidik.

ii. Mengadakan MQA dengan institusi atau rakan industri yang akan menjalankan kerjasama dengan institusi terlibat bagi mendapatkan peluang geran antarabangsa.

iii. Merancang jaringan kolaborasi di antara pensyarah muda di fakulti/institusi dengan institusi terlibat pada masa akan datang.

iv. Membuat penanda aras bagi kemudahan serta peralatan penyelidikan yang terdapat di institusi terlibat.

v. Mengadakan perkongsian hasil lawatan yang akan diadakan dengan warga akdemik fakulti/institusi.

Tarikh Input: 09/11/2017 | Kemaskini: 09/11/2017 | ctnoorain

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEUJAq~